IslamicTunesNEWS | HARIS J SUDAH BERUBAH?

HARIS J SUDAH BERUBAH?

IslamicTunesNews – Tak lama lagi hari raya Eidulfitri. Tatkala malam-malam terakhir Ramadhan ini, tiba-tiba ada kiriman whatsapp membawa berita artis muda popular dari British, Haris J yang dulunya bersama label Awakening Records pimpinan Maher Zain, kini sudah berubah. Adakah benar?

Kata pengirimnya, teman-teman Muslim terutama penggiat nasyid dan Islamic music yang berada di Europe dan USA kini bimbang melihat industri musik mainsream telah berjaya merubah paksi iman Haris yang dulunya seorang pelantun atau ‘Quran’s reciters’, sudah menghafaz 10 juzuk (mengikut video rakaman TV Dasyatnya Bidadari terbitan stesyen TV Indonesia), kini telah jauh meninggalkan Muslim lifestyle.

Kami telah menerobos medsos Haris J termasuk di akaun YT Channelnya dan menilai sendiri kebimbangan pengirim tersebut. Hasil yang singkat memang ada perubahan-perubahan yang ketara, terutamanya sosok Haris dalam video Human yang diterbit atau mungkin diedar oleh Universal Music. Namun adakah Haris sudah berubah total itu masih belum pasti. Pastinya ada munsyid Malaysia atau Indonesia yang mengenali beliau secara peribadi boleh mengkonfirmasi hal ini untuk lebih jelas keadaanya.

Here I am on my birthday, feeling like I’ve done a full circle in the last 6 years. I’ve never been more content and sure of who I am. If You could say a prayer for me today, I would massively appreciate it. Thank you for everything, from the bottom of my heart I am forever grateful ❤️

Posted by Harris J on Saturday, 2 May 2020

Apa yang pasti hasil dari terobosan kami, Haris J kini di ambang situasi yang serba-salah, berperang dengan jiwanya sendiri untuk kekal dengan imej modern Islamic lifestyle atau terjun terus mengasingkan agama dan lifestylenya. Hebat benar dugaan Allah kepada anak muda ini, subhanallah!

Berperang Dengan Jiwa Dalam

Memang terdapat banyak kecaman dan andaian-andaian yang agak kasar dari peminatnya dan ada juga yang mempertahankan Haris dengan asbab sudut peribadi tidak perlu dicampuri oleh orang lain, dan pelbagai lagi, namun apa yang dilihat, Haris masih mahu terus bertahan.

Di hari baik dan bulan yang baik ini, kami berharap kita semua berdoalah ke hadrat Allah SWT agar memberikan kekuatan iman kepada Haris yang kini sedang berperang dengan jiwa dalaman yang amat dasyat dugaannya. Allah beri dia populariti, rezeki dan kesihatan serta rupa paras yang bagus, namun itu semuanya rupa-rupanya adalah ujian Allah kepada Haris.

Ayuh merapatlah dengan beliau, beri kata-kata motivasi dan inspirasi dan mengekalkan ukhuwah sesama penggiat seni musik Islami. (*)