H. Nofrijal, Deputi ADPIN BKKBN Pusat saat serahkankan bantuan pada warga miskin Kampung Lio, Depok. (Dok. Istimewa)

Jawatankuasa Siap Ditubuhkan untuk Memperkasa Industri Nasyid

IslamicTunesNews – Saat ini nasyid lebih bermakna luas, sesuai dengan perkembangan teknologi digital yang mampu menghasilkan audio lebih baik untuk memfasilitasi para pegiat nasyid dalam melahirkan karya yang makin berkualitas.

Dalam sejarah nasyid, Malaysia punya catatan sendiri dalam melahirkan grup-grup nasyid legendaris. Mereka telah mempelopori kejayaan nasyid di era 90-an dan telah menginspirasi kebangkitan nasyid di negara-negara Asia Tenggara.

Keberadaan nasyid saat ini telah memiliki tempat sendiri bagi para penikmat musik. Terbukti dengan banyaknya lagu-lagu nasyid yang viral dan digandrungi oleh bermacam kalangan sosial dan usia.

Jawatankuasa untuk Memperkasa Industri Nasyid

Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama. (Dok. Istimewa)
Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama. (Dok. Istimewa)

Melihat situasi ini, satu jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan bagi merangka pelan pembangunan semula industri nasyid dalam usaha memperkasa industri berkenaan.

Seperti dilansir oleh BERNAMA, (6/6/2020), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata jawatankuasa itu akan melibatkan kerjasama TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Nasyeed.com dan badan bukan kerajaan, Creative Dakwah Club.

“Tiga minggu lagi saya akan meneliti kertas cadangan daripada mereka berhubung hal ini. Saya mahu anugerah berprestij seperti Anugerah Nasyid kembali diadakan. Saya tidak ada apa-apa kepentingan. Saya cuma nampak potensi yang amat besar pada mereka bagi turut sama menyumbang kepada dakwah, pendidikan dan keseimbangan psikospiritual masyarakat terutamanya dalam normal baharu yang sedang kita tempuhi bersama. Selagi saya masih berkhidmat, saya akan usahakan sehabis baik untuk industri nasyid tanah air,” kata Zulkifli.

Perbincangan Tentang Isu Terkini Artis Nasyid

Menurutnya, awal hari ini beliau mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Nasyeed.com Ahmad Zuwairy Che Ramly, Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia Muhammad Razin Che Mud dan wakil daripada Daqmie dan TV Al-Hijrah berkenaan pelbagai isu artis nasyid.

Pada pertemuan itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Nasyeed.com untuk disalurkan kepada artis nasyid yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Zulkifli, mereka yang hilang mata pencarian kerana bergantung sepenuh masa pada bidang hiburan juga akan dilantik sebagai bilal rawatib bagi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Pelbagai isu kebajikan artis nasyid dikongsikan untuk perhatian pihak kerajaan. Di sebalik gelak tawa, terselit tangisan dan genangan air mata yang amat saya fahami, menanggung seribu satu beban keperitan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan PKPB ini,” kata Zulkifli. (*)