Ustaz Azhar Idrus lancarkan Untukmu Pejuang – Album ke 4 Shoutul Amal

Alhamdulilah dan syukur pada Allah.

Ustaz Azhar Idrus lancarkan Untukmu Pejuang – Album ke 4 Shoutul Amal
Ustaz Azhar Idrus lancarkan Untukmu Pejuang – Album ke 4 Shoutul Amal

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Daie Sejuta Umat, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus di atas kesudian melancarkan Album ke-4 kami yang berjudul Untukmu Pejuang di Pentas Utama Karnival Maju Berkat Sejahtera di perkarangan  Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada hari Jumaat 4 Muharram 1440 bersamaan 14 September 2018 jam 5.40 petang yang lalu.

Pastinya nasihat Ustaz agar kami menjadi wasilah untuk masyarakat meraih keredhaan Allah akan kami jadikan sebagai azimat motivasi dan pedoman dalam mengatur langkah seni kami ini. InsyaAllah.

Ustaz Azhar Idrus lancarkan Untukmu Pejuang – Album ke 4 Shoutul Amal
Ustaz Azhar Idrus lancarkan Untukmu Pejuang – Album ke 4 Shoutul Amal

Dan yang lebih menarik ialah, UAI bersedia untuk menyumbangkan lirik untuk karya kami yang akan datang. Doakan kami!