Anak Akhirat | Ashiq Bhai

555
Published on March 7, 2020 by

Lagu Anak Akhirat ini adalah nyanyian saya sendiri, yang mana saya telah mula menyanyi sejak dari tahun 1988-1989 lagi dengan lagu2 Slow Rock dan Pop. Ia adalah merupakan sebuah karya ciptaan tuan Iwan Syahman yang pernah diberi jolokan Raja Dangdut suatu ketika dahulu dan kini telah berhijrah ke arah kehidupan yang lebih Islamik. Music dan arrangement nya oleh seorang composer dari Bandung, tuan Agie Nazriel yang telah banyak hasilkan lagu2 Religi/Islamik untuk ramai artis2 di Malaysia dan Indonesia. Lagu ini adalah untuk tujuan dakwah, yang liriknya menjurus ke arah mengajak manusia untuk lebih beri tawajuh dan tumpuan kepada kehidupan akhirat, berbanding dunia. Juga dalam liriknya ada diselitkan mafhum daripada hadith Nabi tentang kepentingan dan keutamaan kehidupan akhirat berbanding dunia. Sesuai dengan jiwa ala Rock saya, maka telah berjaya dihasilkan lagu Anak Akhirat yang genre nya adalah slow rock.

————————————————————————-

Betapa banyak Allah memberi nikmat
Betapa banyak Allah memberi rezeki
Takkan kamu mampu membalasnya

Berapa lama lagi usia ini
Berapa lama hidup di muka bumi
Sudah kah kita sedia bertemuNya

Wahai orang-orang yang lalai
Waktu sedang menyeru kamu
Putaran jam telah memotong
Satu lagi rantaian umurmu oh oh

Nabi Muhammad bersabda
Jangan lah kamu jadi anak dunia
Sebaliknya berusaha lah
Agar menjadi anak akhirat

Hari ini hari beramal
Hari yang kita menyemai benih
Besok bila sampai di akhirat
Tinggal menuai dan mendapatkan balasanNya (nikmat syurgaNya)

Category Tag