Langkah Daie | Ashiq Bhai

87
Published on March 7, 2020 by

Lagu Langkah Da’ie ini di tulis lirik nya oleh saya sendiri. Ianya adalah berkisar tentang dakwah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW yang mana kesungguhan dan sifat kental Baginda dalam menyampaikan risalah agama. Juga ianya satu tribute buat semua Daie di seluruh alam. Music arrangement oleh Agie Nazriel.

Kau memandang di kejauhan
Melangkah dengan perlahan
Dengan keikhlasan di dalam hati
Bekalan hanya bantuan Ilahi

Semangat di dalam dada
Sungguh panas membara
Hanya lah doa yang di bawa sama
Kau mula berjalan mencari maksud mu

Selagi terdaya selagi bernyawa
Meneruskan usaha membawa manusia
Kepada Allah yang maha kuasa
Cacian hinaan tak di ambil kira

Iman dan istiqomah jadi tunjang utama
Hanya berbekalkan kalimah yang Esa
Apa saja yang datang semua kau redah
Demi mencapai maksud hidup mu jua

Category Tag