Nadia adalah singer/songwriter 90an dari Malaysia dengan lagu popular SALAM UNTUK KEKASIH kini muncul dengan imej terbaru. Sejajar dengan peristiwa yang benar-benar berlaku atas dirinya, maka terhasillah lagu INSAF, semoga hidayah ini dipegang oleh beliau sehingga ke jannah. Marilah bersama kita berdoa agar beliau diberikan kekuatan mengharungi segala cabaran mendatang, terutamanya dalam menjaga urusanya dengan Allah SWT dan insan, insyaaAllah!. – admin.
Saya Nadia.. Salam Untuk Kekasih. Terimakasih buat semua yg klik disini untuk mendengar lagu Nadia yang bertajuk INSAF. Semoga kita sama2 mendapat kebaikan. Amiin – NADIA
Lirik INSAF
Maafkan Aku Atas Kekhilafanku Kerana Selama Ini Hanya Mengejar Dunia Mu
Aku Telah Ingkar Segala LaranganMu Bingung di dalam Pencarian Kebahgiaanku
Aku Bersujud Memohon Doa Ku Rayu PadaMu Tuhan
Ya Allah Aku Ingin Insaf Tinggalkan Semua Jadi Yang Terbaik
Ya Allah Ya Allah Ampunkanlah Dosa Hamba Mu Yang Hina Sebelum Ku Mati
Maafkan Aku Atas Kelewatanku Mencari Mu Dalam Keadaanku Begini
Aku Yang Merasa Hampir Putus Asa Ku Menyedari Ajalku Yang Semakin Tiba
Tolonglah Aku Dalam Dugaanku Aku Yang Berdosa Ku Ingin Berubah